Pages

Friday 30 March 2012

Karnival JOM Masuk U .

Pada 18/03/2012 para pelajar Tingkatan Enam Atas SMK Seri Perak telah berkunjung ke Kuala Kangsar untuk menghadiri Karnival JOM MASUK U yang telah dianjurkan oleh pihak Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh Malaysia. Seramai 30 orang pelajar serta 5 orang guru pengiring telah turut serta dalam menghadiri Karnival JOM MASUK U tersebut..






Wajah-wajah ceria pelajar Tingkatan Enam Atas SMK Seri Perak semasa bergambar..
Setelah mendapat serba sedikit tentang maklumat-maklumat berkenaa IPTA/IPTS..






Setiap pelajar yang berkunjung di setiap pameran universiti-universiti mahupun kolej-kolej swasta akan diberi beg atau pamplete setiap seorang. Hal ini bertujuan untuk memberitahu tentang maklumat-maklumat yang lebih terperinci serta syarat-syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi tersebut..





Turut kelihatan di situ Cikgu Nargis dan anaknya,Cikgu Zainab,dan Cikgu Rosnani ataupun Mak Nani..
antara guru-guru yang terlibat dalam menyertai Karnival JOM MASUK U..

Friday 16 March 2012

tragedi tidak disangka

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl










Jumaat yang lalu bertarikh 09/03/12 ,satu berita mengejutkan,seorang pelajar tingkatan enam iaitu Maizurah Bakri pelajar kelas 6AB tahun ini telah terlibat dalam kemalangan motosikal di Bt.6,Teluk Intan. Kejadian tersebut Arwah dikatakan menggelak motornya dari terlanggar kaki lembu yang tersadai ditepi jalan kejadian. Dikatakan,selama dua hari arwah koma dan terpaksa bergantung pada mesin hayat. Pada 11/03/12 jam kira-kira 0430-0500 pagi,arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir .Kira-kira jam 1230 tengahari arwah dikebumikan di Ayer Hitam.

AL FATIHAH buat arwah Maizurah Binti Bakri

Thursday 8 March 2012

Bicara Dari Tinta Jemari


             لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


 Lantunan Bismillahirrahmanirrahim telah bermain di lisan dan hati ini,
Menandakan kesyukuran yang ingin dirafakkan terhadap Allah Yang Maha Esa,
Kerana telah mengurniakan secebis ilham ,
Bagi mewujudkan laman blog ini.


Hal ini bertujuan untuk membantu menukilkan karya tercinta,
Pasti ada yang tertanya-tanya tentang makna di sebalik paparan yang diukir ini,
Yang berkisarkan memori-memori perjalanan Unit Pengajian Tingkatan Enam Semarak,
Sepanjang  tahun kewujudannya,


Segala kenangan manis bakal dipaparkan di ruangan tersayang ini,
Bagi menuai dan memupuk ukhuwah sesama guru dan pelajar-pelajar tingkatan enam,
Kehidupan yang diberi selama setahun setengah di bumi semarak tercinta ini,
Sungguh indah untuk dinukilkan di atas 'helaian kenangan' ini,


Sang langit Ilahi telah menitipkan panorama yang terindah buat sekalian manusia,
Yang mengharapkan Mardhatillah merembasi kehidupan insani,
Umpama matahari terbangun dari selimutnya,
Juga umpama bulan melayarkan samuderanya,
Yang ketulusannya ditangkap  segenap indera manusia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...