Pages

Tuesday 10 July 2012

Lawatan Penanda Aras Smk Tebobon, Sabah ke Smk Seri Perak Teluk Intan.

kain rentang yang menyambut kedatangan para pelajar dan guru SMK Tebobon.


Lawatan Penanda Aras Smk Tebobon, Sabah ke Smk Seri Perak Teluk Intan .
Tarikh : 6-7Julai 2012
Tempat : Smk Seri Perak, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak.



Alhamdulillah,syukur dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya, kami warga Unit Pengajian Tingkatan Enam buat pertama kalinya menyambut para pelajar dan guru pengiring yang datang dari jauh bagi menjayakan lawatan penanda aras disini. Kami warga semarak berasa begitu berbangga sekali kerana antara 24 buah sekolah di negeri Perak ini, kami dipilih untuk bersama-sama dengan mereka sekaligus berkongsi ilmu bersama mereka.

Bagi pengetahuan pembaca blog ini, para pelajar Tingkatan 6 Smk Tebobon, Inanam ,Sabah ini mempunyai seramai 55 orang pelajar berbanding dengan SMK Seri Perak seramai 68 orang pelajar. Para pelajar Smk Tebobon menyatakan bahawa mereka juga mengambil matapelajaran Sains Sukan berbeza dengan keadaan di sekolah ini. Antara teknik menjawab yang diadakan bersama ialah Pengajian Am 2. Selain itu, turut diadakan aktiviti sukan bersama para pelajar bagi mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru SMK Tebobon dan SMK Seri Perak. 

Dibawah adalah koleksi gambar yang diambil sepanjang Lawatan Penanda Aras SMK Tebobon  ke SMK Seri Perak.

para pelajar tiba

pelajar SMK Seri Perak menyambut kedatangan SMK Tebobon disertai paluan kompang.


guru pengiring





                             

cenderahati untuk Unit Bimbingan Dan Kaunseling dari SMK TEbobon.

cenderahati untuk pihak sekolah dari SMK Tebobon.



berikut adalah koleksi gambar sepanjang sukan diadakan :

bola sepak

bola jaring

bola jaring




bola tampar perempuan
bola baling perempuan

pentaque guru

                                      


diadili oleh En. Amran.

bola tampar lelaki



pelajar dan guru bergambar



muka ceria para pelajar .

diharap setiap aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah dijadikan pembakar semangat pelajar untuk terus berjaya di masa akan datang. Segala yang kelemahan datangnya dar kami pihak SMK Seri Perak, yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T . ASSALAMUALAIKUM, SALAM 1 MALAYSIA.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...