Pages

Saturday 12 May 2012

kem Kembara Ilmu STPM di Kelantan dan Terengganu

 SALAM.

Pada 27.04.2012 seramai 36 pelajar dan 3 orang guru pengiring telah berangkat ke Kelantan dan Terengganu. Teknik menjawab telah diadakan di Kelantan di Hotel Gaya Warisan. Subjek yang didedahkan kepada pelajar ialah subjek Pengajian Am 2, Pengajian Perniagaan 2 dan Bahasa Melayu. Selepas 2 hari berada di Kelantan, para pelajar dan guru pengiring berangkat ke Terengganu. Hari terakhir pada 30 April ,para pelajar telah  pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik, Kuala Terengganu untuk teknik menjawab Bahasa Melayu dan berangkat pulang kira-kira jam 12 tengah hari. Kem Kembara Ilmu ini telah disertai oleh dua buah sekolah iaitu Sultan Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak. Sultan Abdullah seramai 5 orang pelajar dan Sekolah MEnengah Kebangsaan Seri Perak seramai 31 orang . Para guru dan pelajar selamat sampai jam 1 pagi. 





Cikgu Amran - Guru pengiring.


Pelajar di hadapan Hotel Gaya Warisan,Kelantan sebelum bergerak ke Kuala Terengganu.


pelajar dibawa ke UNISZA, Kuala Terengganu 

salah seorang pegawai di UNISZA memberi sedikit maklumat mengenai UNISZA






Pasar Payang, Kuala Terengganu 


Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu





setelah selesai ceramah mengenai UNISZA



di Kem Jambori Pengakap, Gong Badak, Kuala Terengganu

pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu


Teknik Menjawab Bahasa melayu Oleh Guru Cemerlang SMK Teknik

Bergambar setelah selesai Teknik Menjawab


Pelajar dibawa ke Pantai Telaga Batin, Gong Badak, Kuala Terengganu


Semoga apa yang dilakukan oleh para guru ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar Tingkatan Enam Semarak. Semoga Berjaya . Sekian




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...